10 May 2013

ITC CODE HUNT


Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Salam 1 Malaysia dan "beribu-ribu tahniah". Pada 20/4/2013 bersamaan dengan hari Sabtu, pihak kelab Teknologi Maklumat telah mengadakan satu aktiviti bersama dengan ahli-ahli kelab iaitu pelajar-pelajar Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM) sendiri. Aktiviti ini telah diadakan dengan kerjasama pihak pengurusan program PA PERDANA. Pada sesiapa yang menghadiri aktiviti ini pasti tahu bagaimana aktiviti ini dijalankan.

ITC CODE HUNT adalah treasure hunt dan Runningman dalam satu game. Maklumlah pengarah aktiviti memang suka tengok Runningman. Jumlah peserta yang dijangka akan hadir adalah seramai 600 orang, tapi separuh je yang datang. Aktiviti ini telah dirasmikan oleh dekan fakulti sendiri, Prof Madya Dr Nazri bin Mohd Nawi dan bermula pada pukul 10:30 pagi selepas PA PERDANA & sesi pendaftaran berakhir.

Salah satu mission card dalam CODE HUNT.
Dalam perancangan aktiviti ini sebenarnya, aktiviti ini akan dijalankan di G3 juga. Namun melihatkan ramai yang tidak turut serta dan keadaan cuaca yang agak panas, pihak urusetia aktiviti dengan sengaja dan kelam kabut telah mengubah perancangan pada detik-detik akhir kepada menjalankan aktiviti ini di fakulti sahaja. Kepada peserta, maaf dipinta kerana pihak urusetia telah mengedarkan set clue card yang salah dan telah menyebabkan kekeliruan pada detik-detik akhir juga.

Antara game-game yang terlibat dalam ITC CODE HUNT adalah :

1. The 369
2. Buaya Biawak
3. Chain Words
4. Crosswords
5. Rock Paper Scissor
6. Tounge Twister

Sebenarnya, aktiviti ITC CODE HUNT ini mengalami masalah dari segi kertas kerja dan juga bajet. Sebab tu la tak berapa nak gempak sebab nak jimat duit. Bagi junior-junior yang first time PA PERDANA, sebelum-sebelum ni kalau ada program kelab semasa PA PERDANA, pihak kelab akan menyediakan khemah yang besar-besar dekat parking lot di hadapan fakulti. Kalau ada yang tertanya-tanya lagi parking lot dekat mana. Parking lot tu tempat orang selalu letak kereta-kereta dan motor-motor.

Khemah pun ada masalah. PA sistem apatah lagi. Pa sistem dari PPH semuanya telah diangkut ke Pagoh untuk perasmian kampus baru kalau tak silap. Nasib baik pihak fakulti ada juga. Kalau tak orang yang berucap kena menjerit. Aktiviti ini mempunyai banyak kelemahan. Tapi we should learn from our mistakes & experience makes us better. Jadi, teruskan sokongan anda kepada Kelab Teknologi Maklumat & kami pasti akan berusaha untuk mengukir senyuman di muka anda yang bolehlah kalau nak cakap manis tu pun ada juga.

Jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada pelajar-pelajar yang turut serta dalam aktiviti ini, ahli jawatankuasa aktiviti & juga pihak urusetia program PA PERDANA terutama sekali Dr Munirah kerana telah menyumbang kepada hadiah-hadiah yang gile besar untuk ITC CODE HUNT.

Pada entri yang seterusnya, kami akan selitkan rahsia di sebalik klu-klu ITC CODE HUNT dan juga beberapa gambar untuk tatapan pembaca blog ini. :)