30 May 2013

ITC Grand Meeting dan Bilik ITC




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Pada hari Khamis bersamaan dengan 30/3/2013 (5:00-6:30 petang) ITC telah mengadakan satu mesyuarat perdana bagi membincangkan beberapa perkara penting yang melibatkan pengurusan dan juga perancangan ITC. Mesyuarat dihadiri oleh dua orang penasihat kelab iaitu En.Aizi dan En.Hatta, ex-officios dan ahli-ahli jawatankuasa yang lain. 

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh tiga orang senior yang terlibat dalam salah satu program anjuran ITC iaitu, Z, Nelly, dan Faris (nama panggilan). Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menghadirkan diri ke mesyuarat kali ini dan diharapkan supaya komitmen anda tidak akan berkurangan.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat kali ini adalah:

1.Perasmian bilik kelab baru



2.Laporan setiap exco
3.Rombakan organisasi secara tidak rasmi bagi program berikut :

1.Pembangunan Aplikasi menggunakan PHP & SQL
2.Program Internet Awareness Social Network
3.Bengkel Pembangunan Laman Web Joomla
4.Konvensyen IT
5.Booth Majlis Konvokesyen
6.Video Rasmi ITC

5.Peserta MHS untuk kemasukan Degree
6.Calon MPP
7.Annual Grand Meeting
8.Pengekalan dan juga pra-perlantikan ahli jawatankuasa akan datang
9.Cara perlantikan AJK bagi organisasi akan datang


Di akhir mesyuarat ini, pelbagai perkara dan masalah yang timbul telah dibincangkan dan solusi-solusi kepada perkara yang berkaitan juga telah diusulkan. Semoga perancangan dan segala urusan ITC dipermudahkan supaya dapat dijalankan dengan lebih lancar. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat kali ini. Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti atau program yang akan diadakan oleh kelab kelak, jangan lupa untuk singgah di blog ini selalu. :)