24 June 2013

Makan Malam Pelajar Tahun Akhir



Pada 15 Jun 2013 yang lepas, pihak Kelab Teknologi Maklumat aka Information Technology Club (ITC) dengan kerjasama beberapa pelajar tahun akhir telah mengadakan satu majlis makan malam secara kecil-kecilan untuk pelajar tahun akhir di ruang legar Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM). Maklumat lanjut mengenai majlis ini boleh di rujuk di poster di atas.

Lebih kurang 30 orang pelajar tahun akhir telah menghadirkan diri dan memeriahkan lagi majlis ini. Turut hadir menghiasi majlis adalah barisan pensyarah yang terdiri daripada

1. Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar/Penasihat Kelab - En.Aizi bin Selamat
2. Penasihat Kelab/Pegawai Teknologi Maklumat - En.Mohd Hatta bin Hj Mohamed Ali
3. Pensyarah senior - Dr Hj Mohd Sazali b.Khalid
4. Ketua Jabatan Multimedia - Dr Noorhaniza bt Hj Wahid
5. Pensyarah Jabatan KP - Pn Rozlini bt Mohamed

Pada awalnya majlis makan malam ini dicadangkan untuk diadakan di Dataran Penyu namun disebabkan sambutan yang tak berapa menggalakkan, lokasi majlis ditukarkan ke ruang legar FSKTM untuk menjimatkan tenaga urusetia majlis tersebut. Walaupun tidak ramai yang menghadiri majlis makan malam ini, majlis ini berjalan dengan lancar dan kemeriahannya masih dapat dirasai.

Untuk masa yang akan datang, pihak ITC berharap agar Majlis Makan Malam untuk Pelajar Tahun Akhir boleh diadakan dengan lebih meriah dan secara besar-besaran bersaing dengan aktiviti majlis makan malam daripada Kelab Fakulti yang lain.

Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan majlis makan makan ini dan juga kepada para pensyarah yang hadir. Pihak ITC dan juga barisan pensyarah berharap agar semua pelajar tahun akhir yang akan berjuang di dunia kerjaya kelak akan dapat mencapai impian yang diidamkan.


Barisan Urusetia Majlis Makan Malam Pelajar Tahun Akhir



Barisan Pelajar Tahun Akhir dan juga dua orang pensyarah yang menghadirkan diri
( Tiga orang pensyarah yang lain terpaksa meninggalkan majlis lebih awal )

----Gambar-gambar lain akan diupload jika admin mempunyai kelapangan masa---