16 May 2013

Team Triton @ Imagine Cup 2013 Langkawi








Team Triton

Jutaan tahniah diucapkan kepada Team Triton setelah memenangi Imagine Cup 2013 di Langkawi dalam kategori Software Design Challenge dan membawa pulang hadiah utama sebanyak RM10,000 dan tiket penerbangan ke St.Petersburg, Russia.

Team Triton yang dibarisi Muhamad Syamil Aiman A. Aziz, 22, Siti Salwani Yaacob, 22, Muhamad Faqih Roslan, 21, dan Mohamad Fadhil Jalani, 21 akan mewakili Malaysia ke pertandingan akhir peringkat antarabangsa di Saint Petersburg, Russia tahun depan.
*lokasi negara untuk peringkat antarabangsa berubah setiap tahun


Membawa applikasi Switchfly yang telah dibangunkan di atas platform Windows Phone (Microsoft) mereka telah berjaya merangkul juara di sana. Tidak dilupakan juga Dr Rathiah Hashim yang merupakan mentor kepada kumpulan Triton.

Penerangan mudah applikasi Switchfly : 


  • Applikasi mudah alih yang dibangunkan di atas platform Windows Phone
  • Menggunakan rangkaian tanpa wayar (wireless) untuk hidupkan dan matikan peralatan eletronik. sbg contohnya : lampu
Ketua kumpulan, Muhamad Syamil Aiman A.Aziz berkata pengguna hanya perlu memasang produk ciptaan mereka di mana-mana suis di rumah dan mengawalnya melalui internet. Katanya produk itu dicipta khusus bagi pengguna yang sering alpa untuk mematikan suis selepas menggunakannya selain mampu menjimatkan elektrik. "Kami mengambil masa lebih kurang satu tahun untuk membuat kajian terperinci selain membuat perbandingan dengan produk-produk lain yang ada di pasaran sehingga tidur kami tidak menentu. "Alhamdulillah, kini semuanya terbalas dan misi kami seterusnya untuk menjulang bendera Malaysia di Russia dalam pertandingan yang sama tahun hadapan," katanya yang mendapat idea ciptaan daripada konsep teknologi hijau.

Akhir sekali, jangan lupa doakan lagi kejayaan mereka di St.Petersburg, Russia tahun depan! Hidup Triton! Hidup UTHM! Hidup Malaysia! With Wisdom We Explore.